16 Disember 2011

Sista Ovari Part 2

Assalamualaikum n Salam Sejahtera.....

Maaf la lama tak update blog tercinta nie... coz sibuk sket and keadaan kesihatan tidak menentu skung nie... Tapi syukur Alhamdulillah sangat sebab skung nie saya dah sihat sepenuhnyer and dah tak perlu risau lagi mengenai Sista Ovari saya tu...

Pada 28 November 2011 (Isnin) saya ada appoitment doktor untuk kali ke 2 dengan Doktor Fadzilah dari Poliklinik Ar Razi. Masa perbincangan dengan doktor tu saya bagi ler dia gambar Second scan saya dengan doktor Sue dari KPJ Hospital, dia agak terkejut la sebab dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pemeriksaan saya dengan dia Sista Ovari tu dah bersaiz 4.52 cm & 3.87 cm. Dia mintak saya baring sebab dia nak scan untuk melihat sama ada Sista Ovari aku tu dah pecah or semakin membesar.. First scan doktor cakap tak ada and dia takut la sista ovari saya tu bertindih dengan pundi kencing.. So dia mintak untuk saya pergi kencing n buat ujian air kencing serta second scan semula untuk melihat Sista tersebut. Second scan doktor maklumkan kepada saya yang Sista Ovari saya dah pecah... Ya Allah masa tu bersyukur sangat sebab saya tak perlu menjalani pembedahan untuk membuang Sista Ovati tersebut.

Walaupun saya gembira pada masa tu saya tetap ada kerisauan sebab saya sentiasa demam, pening n loya-loya macam morning sickness wanita mengandung tu.... Saya risau takut la Sista Ovari tu akan muncul semula sebab simptom - simptom untuk kena Sista Ovari tu ada.

Pada 14 Disember 2011 (Rabu) sekali lagi appoitment saya dengan doktor Sue dari KPJ Hospital untuk cek up Sista Ovari. Selepas scan dengan doktor Sue memang confirm Sista Ovari saya dah pecah....Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kehadrat illahi sebab penyakit saya dah sembuh. Berkenaan dengan pening kepala, rasa nak pitam,demam serta loya-loya tu adalah disebabkan oleh daya ketahanan badan saya kurang and saya stress (menurut kata doktor la). Doktor menasihati saya banyakkan makan buah-buahan,sayur-sayuran serta mengambil vitamin....

Kata doktor Sue tidak semua wanita yang mengalami penyakit ini akan sembuh dengan sendiri kalau dalam 100 orang mungkin dalam 35% sahaja yang akan pecah Sista Ovarinyer.. Alhamdulillah Sista Ovari saya pecah dengan sendirinyer.....

bye-bye all insyallah akan datang saya akan berkongsi cerita lain lagi....