Assalamualaikum n Salam Sejahtera.....
Maaf la lama tak update blog tercinta nie... coz sibuk sket and keadaan kesihatan tidak menentu skung nie... Tapi syukur Alhamdulillah sangat sebab skung nie saya dah sihat sepenuhnyer and dah tak perlu risau lagi mengenai Sista Ovari saya tu...
Pada 28 November 2011 (Isnin) saya ada appoitment doktor untuk kali ke 2 dengan Doktor Fadzilah dari Poliklinik Ar Razi. Masa perbincangan dengan doktor tu saya bagi ler dia gambar Second scan saya dengan doktor Sue dari KPJ Hospital, dia agak terkejut la sebab dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pemeriksaan saya dengan dia Sista Ovari tu dah bersaiz 4.52 cm & 3.87 cm. Dia mintak saya baring sebab dia nak scan untuk melihat sama ada Sista Ovari aku tu dah pecah or semakin membesar.. First scan doktor cakap tak ada and dia takut la sista ovari saya tu bertindih dengan pundi kencing.. So dia mintak untuk saya pergi kencing n buat ujian air kencing serta second scan semula untuk melihat Sista tersebut. Second scan doktor maklumkan kepada saya yang Sista Ovari saya dah pecah... Ya Allah masa tu bersyukur sangat sebab saya tak perlu menjalani pembedahan untuk membuang Sista Ovati tersebut.
Walaupun saya gembira pada masa tu saya tetap ada kerisauan sebab saya sentiasa demam, pening n loya-loya macam morning sickness wanita mengandung tu.... Saya risau takut la Sista Ovari tu akan muncul semula sebab simptom - simptom untuk kena Sista Ovari tu ada.
Pada 14 Disember 2011 (Rabu) sekali lagi appoitment saya dengan doktor Sue dari KPJ Hospital untuk cek up Sista Ovari. Selepas scan dengan doktor Sue memang confirm Sista Ovari saya dah pecah....Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kehadrat illahi sebab penyakit saya dah sembuh. Berkenaan dengan pening kepala, rasa nak pitam,demam serta loya-loya tu adalah disebabkan oleh daya ketahanan badan saya kurang and saya stress (menurut kata doktor la). Doktor menasihati saya banyakkan makan buah-buahan,sayur-sayuran serta mengambil vitamin....
Kata doktor Sue tidak semua wanita yang mengalami penyakit ini akan sembuh dengan sendiri kalau dalam 100 orang mungkin dalam 35% sahaja yang akan pecah Sista Ovarinyer.. Alhamdulillah Sista Ovari saya pecah dengan sendirinyer.....
bye-bye all insyallah akan datang saya akan berkongsi cerita lain lagi....
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
16 Disember 2011
13 Oktober 2011
Sista Ovari
Pada 8 Oktober baru-baru nie aku g la ker Kuantan Specialist untuk buat cek-up sebab aku rasa pelik n risau coz period aku 2 minggu sekali...mula-mula hari tu aku g la cek kat klinik biasa ajer tapi doktor tu tak tahu apa penyakit aku n dia just cakap ovari aku bengkak sebab tu aku selalu sakit perut... tak puas hati punya pasal aku g klinik dekat tempat aku nie aku amik GL untuk rujuk ke Pakar... then paling aku terkejut doktor tu cakap "dalam rahim u ada 4 Sista Ovari ataupun lebih dikenali sebagai Ovarian Cycs... Aku masa tu macam terkejut la sebab ada 4 cycs dalam rahim aku risau pun ada...tapi doktor tu cakap 2 dah pecah skung tinggal 2 lagi yang bersaiz 4.5cm & 3.8cm if cycs tu mencapai ukuran 5cm ke atas aku perlu di operate untuk membuang cycs tersebut...erm aku skung duk berdoa ajer mintak2 ianyer pecah sendiri dan tidak perlu melalui pembedahan....tentang period plak doktor cakap aku terlalu Stress n menyebabkan hormon aku tak stabil tapi n dia suh aku COOL tak mau stress2...skung apa yang aku harapkan aku cepat2 sembuh dari Cycs nie coz tak sabar rasanyer nak ada baby sendiri...... skung saya kena tunggu bulan 12 untuk buat cek-up yang seterusnya....
Langgan:
Catatan (Atom)