31 Disember 2010

Akhirnya aku dah Buat...

Tajuk dia cam suspen jer kan..apa la agaknyer benda yang aku dah buat nie....yer aku dah pun daftar SPR, untuk mengundi nanti..bukan jauh n payah pun nak daftar..sebab aku nie malas kan so cam nie ler jadinya.. kebetulan sangat hari tu time aku cuti nenek aku suh g pejabat pos bayarkan bil telefon...aku g ler ke pejabat pos then terus daftar SPR...akhirnya perkara yang aku duk tangguh tangguhkan telah aku laksanakan..baguskan aku....so kepada kawan-kawan yang belum daftarkan diri anda sila la lakukanya...bukan payah pun masa pun tak lama sekejap jerk 5 minit jerk..nie ler hasilnya.....

27 Disember 2010

Hang Out dengan Geng-Geng "DER"

Tarikh Mengaruk : 26 Disember 2010 (Ahad)
Masa yang di Janjikan : 6.00 a.m.
Tempat di Tuju : Muadzam Shah - Kuantan - Kuala Lumpur
Tujuan Pergi : Shopping Barang-Barang Hantaran

Tarikh yang tertera seperti di atas aku amik masa around 2 week untuk wat keputusan sama ada gua nak ikut tak geng-geng der nie...bukan apa gua tak rapat gat gan lu orang just gua kenal-kenal cam tu jerk sebab lu semua kawan gan adik gua n My Prince..hahahahahahaha... Der gua buat keputusan untuk ikut lu semua nie pun last minute tu pun sebab My Prince dah tarik muncung itik dah lau gua tak mau g..masa gua jumpa lu semua kat kuantan hari sabtu [25/12/2010] lu semua cakap lau gua tak g lu semua nak boikot My Prince..huhuhuhuhu tak baik tau wat cam tu.... Ok gua SETUJU follow lu semua der g Shopping...

Paling gua tak daya sekali perbincangan bukan main rapi ag buat nak g, kul 7.00 a.m. nak ada KL dah...last2 kul 1.30 p.m. gak sampai sana..semua nie salah adik gua yang bersiap mengalahkan pompuan hahahahahahaha... Gua gegar My Prince bangun tido kul 5.22 a.m. semangat punya pasal last-last My Prince siap tido semula tunggu kedatangan gua...Sowi Der jangan marah-marah yer...

Kul 7.30 a.m. gua n der -der yang lain dah mula gerak ke kuantan naik keta gua untuk jumpa der sorang ag yang bersama tunangnyer (watak utama kisah nie) menanti di Kuantan....Kita orang gerak dari Kuantan - KL dalam kul 10.30 a.m. Masa gerak nie lapor weh semua tak bekpes ag last-last masa isi minyak kat Esso gua beli roti untuk der-der kung pengsan payah plak... dalam perjalanan kami semua berselisih gan geng-geng superbike.. Perghhhh....best giler siot gua tengok then gua mintak My Prince gua beli 1 Superbike then he tell me " sayang lau beli superbike cam ner abang nak bawak mak n adik-adik berjalan nanti"...hahahahahahaha..gua senyum jerk, yang sebenarnya gua bergurau jerk la...My Prince gua pun tahu dia sengaja la tu nak kenakan gua sebab dia nak tido gua kacau...hahahahahahahaha..

Kul 12.30 noon Lunch di Hentian Genting Sempah...muka sorang-sorang menghadap nasi perghhh kusyuk gat apa tak nyer semua lapor tak bekpes....siap lunch kami semua meneruskan misi perjalanan kami..yer kami sampai KL tempat pertama yang dituju adalah SOGO... Bak kata watak utama SOGO tu sama gan perkataan OGOS yang diterbalikan...hahahahahhahaha...cam-cam korang nie der buat lawak...

Ok siap park keta masing-masing kami semua menuju ker SOGO untuk memulakan misi iaitu shopping barang hantaran der bersama tunangnyer...lama gak ler kami kat situ sebab banyak barang-barang yang perlu di beli...Minyak Wangi,mekup,handbag,kasut,wallet, macam-macam ler..selesai jerk shopping kat SOGO tempat seterusnya adalah PAVILLION untuk sambung shopping....

Watak utama cakap tak puas hati g KL 1 hari kena g 3hari baru best...hahahahahahaha gua dah cakap lu tak percaya...selesai shopping kat PV misi diteruskan untuk mencari makanan perut dah kebulur dah sebab tengah hari jerk makan malam tak makan lagi...so kami mencari KFC untuk makan...tq ler My Prince sebab lu belanja semua makan malam tu semoga rezeki lu semakin murah....

Gerak kuar dari KL dalam kul 10.30 p.m. muka semua penat der...aku tido jerk dalam keta memang dah tak daya der...ok gua bagi ler sket-sket gambar geng-geng der gua....



nie ler geng-geng der gua

watak utama dalam kisah nie

me and marina

02 Disember 2010

Again MY BFF kawen

Selamat Pengantin Baru buat my BFF Norfazlina bt Nazron gan Ijan
(cam biasa ler nama penuh aku tak tahu....hehehehehehehehe)

Date Nikah : 27 Nov 2010
Date Sanding : 28 Nov 2010
Location : Desa Jati 1, Muadzam Shah....

Debaran menanti saat di nikahkan.....



yer saat-saat yang mendebarkan sudah berlalu..sah dah kawan aku nie menjadi isteri orang... dear liena cayang doa aku semoga mahligai perkahwinan korang nie berkekalan hingga akhir hayat..

nie lak pic masa hari bersanding..hehehehehe...aku cabut dari office sebab nak datang kenduri ko maklumla aku pengapit ko...

bersama-sama rakan-rakan yang lain yang still single termasuk aku...hehehehehehehehe... mojoko & zieya acik...

itu ler aku yang ayu berbaju kurung warna puple hehehehehehehe...tapi pengapit lelaki tu salah tema plak lari warna..tapi tak per la....aku tak kisah pun asalkan kawan aku nie dah selamat bersanding dah cukup....tapi mintak maaf gat liena coz aku tak dapat nak temankan ko sampai habis majlis perkahwinan ko sebab pada tarikh ko kawen tu aku kijer so terpaksa la aku bergegas balik ke office....sungguh berat hati aku nie dah la jumpa ko jarang-jarang tak dapat nak lepak lama-lama...insyallah umur panjang aku akan datang lepak gan ko kat tioman yerk...
selamat berbahagia wahai sahabat ku semoga mendapat cahaya mata yang soleh n solehah..

28 November 2010

Bila Line HP tak ada....

Tarikh line tak ada : 27 & 28 Nov 2010...
Masalah : tah mana aku tau....sbb selalu ajer time ujan line telefon kat tempat aku tak ada....

Masalah nya skung bukan HP aku ajer yang tak ada tapi semua orang yang memakai line sama gan aku tak ada..bermakna Cik Operator bukan HP aku yerk yang rosak memang line korang yang masalah...huhuhuhuhuhu...bukan apa kan lau line tak ada payah la sebab kalau ada Emergency tak ker haru jadinyer..alah cakap jer yang sebenarnya nanti lau pakwe call tak dapat dia isau hehehehehehe....tolong la wahai line HP cepat pulih....

22 November 2010

Lirik Syukur (Kau Yang Satu) – One Nation Emcees

Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa-dosaku

Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Mana perginya cinta
Mana hilangnya setia
Aku akan terus cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Duni sementara kan dihitung juga
Sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir setiap masa fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia

Chorus
Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa-dosaku

Ku hirup secukup udara
Hatiku buka termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Ke mana cahaya
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat
Yang penuh rahmat
Berjuta-juta kali dunia mempermainkanku
Hati menurut nafsu
Nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha Esa
Dapatlah pena menari meluah kata-kata

Ku meredhai apa yang telah terjadi
Tunjukkanlah jalan benar ampunilah dosaku

Ulang Chorus

Aku tafakur di hadapanmu
Berderai-derai airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih Illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan

Ulang Chorus

Oh Tuhan yang satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu
Ampuni segala dosa dosaku

The Fabulous Cats - Pergilah Ayu Lirik

Kosong hidupku tanpamu
Cermin ku membayang bayanganmu
Pameran kasih ku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkan ku dalam anganmu
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu


Kau hilang terus kau menyepi
Tewasku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarku ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang telah ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi
Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita tiada jalan penyambungnya
Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka berdua ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Chorus
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah-sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Ulang Chorus

Pergilah kau pergi dariku
Biar ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasihmu
Meski hati merelai

Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergilah pergilah sayang
Biarkan ku begini

21 November 2010

Rahsia tarikh lahir mengikut bulan kelahiran

JANUARI

  • bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • suka smart, kemas dan teratur
  • sensitif, berfikiran mendalam
  • pandai mengambil hati orang lain
  • pendiam kecuali setelah dirangsang
  • agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • badan sehat tetapi mudah diserang selesema
  • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • cukup sayang kepada kanak-kanak
  • suka duduk di rumah
  • setia pada segalanya
  • rajin belajar dan kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

  • berfikiran abstarak
  • sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • inteligent, bijak dan genius
  • berpersonaliti yang mudah berubah
  • mudah menawan orang lain
  • agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • jujur dan setia pada segalanya
  • keras hati untuk mencapai matlamat
  • tidak suka dikongkong
  • mudah memberontak jika dikongkong
  • suka kegiatan lasak
  • emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • mudah mempamirkan marahnya
  • tidak suka kepada benda remeh temeh
  • suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
  • sangat berani dan suka memberontak
  • bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  • pemerhatian yang tajam
  • suka hiburan dan sukan
  • suka benda yang bersifat seni
  • sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

  • berpersonaliti menarik dan menawa
  • mudah didampingi
  • sangat pemalu dan pemendam rasa
  • sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian
  • sangat peka kepada orang lain
  • sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • tidak cepat marah dan sangat amanah
  • tahu balas budi dan kenang budi
  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • suka berangan-angan
  • suka melancong
  • sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • kelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • punya bakat seni dalam bidang muzik
  • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL

  • sangat aktif dan dinamik
  • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • punya daya mental yang sangat kuat
  • suka dapat perhatian
  • sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
  • sangat berani dan tiada perasaan takut
  • suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • emosi cepat terusik jika tidak terkawal
  • berkecenderungan bersifat dendam
  • agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • kuat daya ingatan
  • gerak hati yang sangat kuat
  • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • keras hati dan degil
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • pemikiran tajam
  • mudah marah jika tidak dikawal
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • perasaan yang sangat mendalam
  • cantik dari segi mental dan fizikal
  • tidak perlu dimotivasikan
  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • mudah dipujuk
  • bersikap sistematik ( otak kiri )
  • suka berangan
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
  • daya khayalannya tinggi
  • pemikiran yang tajam
  • pandai berdebat
  • fizikal yang baik
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • tidak berapa suka duduk dirumah
  • tidak boleh duduk diam
  • tidak punya ramai anak
  • rajin dan bersemangat tinggi
  • agak boros


JUN

  • berfikiran jauh dan berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • perangai lemah lembut
  • mudah berubah sikap, sangat banyak idea
  • bersikap sensitif
  • otak sentiasa aktif berfikir
  • sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
  • sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
  • cepat marah dan cepat sejuk
  • suka bercakap dan berdebat
  • suka buat lawak dan bergurau
  • otak cerdas dan berangan-rangan
  • mudah dan pandai berkawan
  • orangnya sangat tertib
  • pandai mempamerkan sikap
  • mudah kecil hati
  • mudah terkena selesema
  • suka berkemas
  • cepat rasa bosan
  • kurang pamerkan perasaan
  • lambat sembuh bila terluka hati
  • suka barangan berjenama
  • mudah jadi eksekutif
  • kedegilan yang tidak terkawal
  • siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI

  • seronok didampingi
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
  • agak pendiam kecuali diransang
  • ada harga dan maruah diri
  • tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
  • mudah dipujuk dan bersikap lurus
  • sangat menjaga hati orang lain
  • sangat peramah
  • emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
  • berjiwa sentimental
  • kurang berdendam
  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
  • tidak suka benda remeh temeh
  • membimbing cara fizikal dan mental
  • sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • layanan serupa kepada semua orang
  • tinggi daya simpati
  • pemerhatian yang tajam
  • suka manilai orang lain dengan pemerhatian
  • mudah dan rajin belajar
  • suka muhasabah diri
  • suka mengenang peristiwa atau kawan lama
  • suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • tak agresif kecuali terpaksa
  • lemah dari kesihata bahagian perut
  • mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
  • minta disayangi
  • terlalu mengambil berat
  • rajin dalam membuat kerja

OGOS

  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun, caring terhadap orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan
  • pandai memujuk
  • terlalu pemurah dan bersikap ego
  • nilai harga diri sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semangat juang yang luar biasa
  • cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya permehatian tajam dan teliti
  • cepat berfikir dan berdikari
  • suka memimpin juga dipimpin
  • suka barangan-angan
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
  • mudah mendapat penyakit
  • sentiasa belajar untuk relax
  • kelam kabut
  • romantik, pengasih dan penyayang
  • suka mencari kawan

SEPTEMBER

  • sangat besopan santun dan betolak ansur
  • sangat cermat, teliti, dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan, dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik


OKTOBER

  • suka sembang
  • suka orang sayang padanya
  • suka ambil jalan tengah
  • sangat menawan dan sopan santun
  • kecantikan luar dan dalam
  • tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
  • sentiasa berkawan
  • hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
  • cepat marah
  • macam pentingkan diri sendiri
  • tidak menolong orang jika tidak diminta
  • suka melihat dari perspektif sendiri
  • tidak suka terima pandangan orang lain
  • emosi mudah terusik
  • suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • emosi yang kelam kabut
  • daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
  • suka melancong, bidang sastera, dan seni
  • pengasih, penyayang, dan lemah lembut
  • romantik dalam percintaan
  • mudah terusik hati dan cemburu
  • ambil berat tentang orang lain
  • suka kegiatan luar
  • orang yang adil
  • boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • mudah patah semangat

NOVEMBER

  • banyak idea dalam sesuatu perkara
  • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
  • otak dan pemikiran yang sangat tajam
  • cara berfikir lain dari orang lain
  • berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
  • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
  • sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
  • daya firasat sangat halus dan tinggi
  • bagus sebagai doktor
  • cermat dan teliti
  • personaliti dinamik
  • tidak hargai pujian
  • bercita-cita tinggi
  • terlalu degil dan keras hati
  • apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
  • sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
  • pandai mendorong diri sendiri
  • berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
  • mudah ambil berat terhadap orang lain
  • tak suka marah kecuali tergugat
  • pandai muhasabah diri
  • romantik
  • tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
  • suka duduk di rumah
  • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

  • sangat setia dan pemurah
  • bersifat patriotik
  • sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • bercita-cita tinggi
  • suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • seronok didampingi
  • pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
  • suka bercampur dengan orang
  • suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
  • sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
  • tidak pandai berpura-pura
  • cepat marah
  • sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • perangai yang berubah-ubah
  • tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • benci pada kongkongan

19 November 2010

Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Bahrain - Kau Bagai Udara Lirik

Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula

(korus)
Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta

Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah

(ulang korus)

Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta

(ulang korus)

18 November 2010

BerCuti + BeKErJa

Lama dah tak update blog tersayang nie..hehehehehe...bukan apa tak tahu idea apa aku nak karangkan dalam blog nie..so sementara ada waktu yang terluang sedikit ini nak la berkongsi cerita. Awal bulan baru nie aku ada follow group student aku nie ke Pulau Langkawi untuk aktiviti sukan air..memang sakan ler main air, pantang jumpa tasik terjun, jumpa pantai lagi ler terus tak jumpa darat sampai senja duk dalam air...kita orang nak g ke Pulau Langkawi nie macam-macam halangan yang mendatang cian gak kat pengarah program apa taknya terpaksa kuarkan duit simpanan sendiri untuk cover bajet yang tak cukup...cian adik akak nie..yang pergi tak ramai pun just 14 orang sahaja..memang happening habis ler..nie ler catatan aku...

3November 2010 (Rabu)

bertolak kul 6 petang dari muadzam shah, pahang then sepanjang jalan aku tido sebab aku mabuk naik bas..(maklumler jarang naik bas) sampai kat petronas kuala pilah tekak aku dah mual sebab perut dah masuk angin tak makan dari pagi sampai ler malam tu masa stop kat petronas kuala pilah aku beli ler roti,coklat & air susu..orang gastrik kena cari susu sebagai penganti..sudahnya aku makan roti sket jer n coklat untuk makan ubat supaya aku tak mabuk..sambung tido..sedar bas berhenti kat hentian sungai buloh..masa tu aku mamai ajer otak nie..penangan dek ubat mabuk aku makan tu..sudahnya jamah ler sket nasi goreng masa kat hentian sungai buloh tu..siap makan relaks jap..then naik bas..sempat ler bersms dengan "Dia" bertanyakan perjalanan aku..isau katanyer..habis mesej gan dia dalam area kul 12.00 tengah malam aku mula sambung tido aku hehehehehe...

4 November 2010 (Khamis)

sedar2 time tu area kul 5 pagi kat Kuala Perlis...tau apa terjadi air dah naik dah tapi bersyukur sebab air masih baru naik time tu so lepas ler kita orang lalu... sampai ajer jetty Kuala Perlis time subuh..sejuk weh angin laut bertiup sepoi2 bahasa gitu....area 6.00 pagi kita orang breakfast then lepak kat kedai tu sementara tunggu ferry kul 8.00 pagi...muka semua penat ajer.......letih perjalanan yang jauh...masa beratur naik ferry dah sampai we all kan baik paling last sekali naik ferry bagi laluan kepada orang lain dulu... masuk jer dalam ferry cari seat yang telah di tetapkan untuk sambung tido....area kul 9.00 pagi we all sampai ler ker Pulau Langkawi...tempat paling aku idamkan nak pergi dari dulu ag tak sangka hajat termakbul i'm so happy k.... kat c tu abang yang tempat kami menginap tu dah setia menanti kehadiran kami semua...naik lagi bas untuk ker Malim Perdana Resort.... time 4 cek in...aku sebilik gan Min...my good roommate....very sporting....masing amik port letak barang dalam bilik then berkemas apa yang patut.. mandi time untuk segarkan badan....hahahaha siap mandi aku tido ag...sedar2 dah kul 1.00 petang sbb kul 2.00 petang kita orang g ker island hooping hehehehe...naik boat mmg best....macam2 aksi ada dalam boat... island hooping time port pertama kita orang g adalah pantai apa tah aku dah lupa nama pantai tu...yang penting geng2 girl tak turun mandi just geng2 boy ajer turun mandi kena plak sengat gan bulu babi dia orang cakap bisa sangat...cian kat adik2 akak...sabar yer...t naik jetty perah asam limau dia orang cakap ler untuk hilangkan bisa...syukur gat sakit tu tak melarat sebab korang boleh lagi bergambar kat tempat burung helang, ikan2 n yang paling penting terjun Tasik Dayang Bunting.... hari dah petang masa untuk pulang...sampai ajer d jetty kenderaan untuk ke resort dah sedia menanti bawak kami pulang....sampai ajer resort port pertama adalah kedai makan berhampiran sbb perut dah kebulur mintak di isi makanan... jemput makan yer semua....selesai makan balik bilik untuk rest....mandi then masa tengah baring2 sambil bergolek gan min kita orang tertido sedar kul 10.00 malam sara sms "kak mamu ajak kuar makan...." perut mmg lapor aku amik keputusan untuk kuar makan min pun ikut sama...yes benda yang dah lama aku tak buat iaitu bermain hujan syok weh berhujan sepanjang jalan hehehehehehe...
sepanjang malam tu tido kami di temani oleh hujan sbb aku terjaga kul 8.00 pagi cuaca cam kul 6.00 pagi.....caya lah...

5 November 2010 (Jumaat)

bangun tido + mandi + bersiap untuk ker kilang gamat, cable car, pekan kuah, underwater world n pantai cenang....ok masa dalam perjalanan pagi tu area kul 10 pagi dengan cuaca yang sejuk perut semua lapor sampai jer kat tempat jual batik kita orang g serbu kedai bahulu hahahahaha bukan nak g beli batik tapi g beli bahulu....naik bas semula untuk ke kilang gamat.....erm yang paling cedihnyer tak dapat ker cable car sbb cuaca tak mengizinkan kami semua untuk kesana.. :( walaupun cedih tapi esok masih ada...perjalanan di teruskan ke pekan kuah..syurga beli belah... rokok,arak,perfume,coklat, pinggan mangkuk dll ada kat cni....aku duk beli coklat ajer yang orang kirimkan hehehehehehe...maklumler menteri kewangan (my daddy) tak luluskan bajet yang besar untuk aku shooping sakan...habis ajer berjalan d pekan kuah destinasi kami adalah underwater world untuk lihat ikan2, penguin dll ag ler binatang yang ada kat cni... selesai ajer balik dari underwater world terus ker bilik untuk tukar baju sebab Pantai Cenang menanti kami semua....mula2 tak nakgak mandi tapi dah tengok ombak yang cam panggil2 aku untuk mandi apa lagi ajak ler sara mandi...yang lelaki lak main Banana Boat...kita orang duk cbuk mandi sampai ker senja... Bailk ler weh...tak baik senja2 cam nie duk bermandi manda ag... masa kat tepi pantai kami dapat invitation dari Pub kat sana just 4 girls only... "Ladies Nite" hajat mmg nak g...tapi lepas bbq malam tu...semua keletihan & kekenyangan tido...hahahahahahaha... Ladies Nite dalam mimpi jer la..

6 November 2010 (Sabtu)

gud morning.....cuaca pagi nie cerah dan ceria....kami perlu paking barang2 sebab kami akan cek out bererti pulang ke muadzam shah...yer selesai paking barang2 n cek out destinasi yang akan kami tuju adalah kedai makan untuk breakfast + lunch hahahahahaha...selesai makan perjalanan di teruskan lagi iaitu ke cable car...sungguh tak sangka full weh orang beratur untuk beli tiket 2 jam kami perlu beratur n tu belum tentu ag dapat naik kul berapa cable car...sekali lagi niat kami untuk naik cable car di batalkan bererti kami tidak dapat naik ler ke atas sana untuk melihat pemandangan dari gunung mat jinjang...ok kami terus ker mangorve...mangrove mengambil masa 3 jam, pergi melalui jalan sungai / tasik tapi balik melalui laut...fuhh masa tu aku tengok laut terbentang biru hijau di depan mata..cantik sanggat...macam2 ler aku terfikir time tu...hehehehehehe...sampai ajer kat jetty kami terus menaiki kenderaan untuk pulang ker Kuala Perlis...Sampai jer kat jetty kami g makan lu..paling best pintu ferry dah tutup masa kita orang sampai kat ferry tu...lawak gak dengan beg yang berat berlari kejar ferry hahahaha... maaf yer pakcik tak sengaja lambat sbb bahagian kastam cek beg lama sanggat....sampai kat jetty Kuala Perlis time tu dah kul 6.30 petang...nasib ler pakcik bas dah sedia menanti kami...tq pakcik driver..ok barang2 semua letak atas bukan apa takut nanti basah kena air banjir... perjalanan kami di teruskan untuk pulang ker muadzam shah..melalui daerah di Kedah yang telah di landa banjir...dapat ler aku lihat kedai2, bank2, rumah2 orang duk berkemas barang2 yang basah kena air....

7 November 2010 (Ahad)

Syukur sanggat sebab kami selamat tiba di Muadzam Shah pada kul 8.00 pagi...ok bye2 semua..buat Wan n Mamu semoga kalian berdua selamat menempuh alam pekerjaan n hati2 memandu masa nak pulang ke kedah yer....

Aku happy sanggat sepanjang percutian + kerja aku nie...thanks untuk UMRC....