16 Disember 2011
Sista Ovari Part 2
Maaf la lama tak update blog tercinta nie... coz sibuk sket and keadaan kesihatan tidak menentu skung nie... Tapi syukur Alhamdulillah sangat sebab skung nie saya dah sihat sepenuhnyer and dah tak perlu risau lagi mengenai Sista Ovari saya tu...
Pada 28 November 2011 (Isnin) saya ada appoitment doktor untuk kali ke 2 dengan Doktor Fadzilah dari Poliklinik Ar Razi. Masa perbincangan dengan doktor tu saya bagi ler dia gambar Second scan saya dengan doktor Sue dari KPJ Hospital, dia agak terkejut la sebab dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pemeriksaan saya dengan dia Sista Ovari tu dah bersaiz 4.52 cm & 3.87 cm. Dia mintak saya baring sebab dia nak scan untuk melihat sama ada Sista Ovari aku tu dah pecah or semakin membesar.. First scan doktor cakap tak ada and dia takut la sista ovari saya tu bertindih dengan pundi kencing.. So dia mintak untuk saya pergi kencing n buat ujian air kencing serta second scan semula untuk melihat Sista tersebut. Second scan doktor maklumkan kepada saya yang Sista Ovari saya dah pecah... Ya Allah masa tu bersyukur sangat sebab saya tak perlu menjalani pembedahan untuk membuang Sista Ovati tersebut.
Walaupun saya gembira pada masa tu saya tetap ada kerisauan sebab saya sentiasa demam, pening n loya-loya macam morning sickness wanita mengandung tu.... Saya risau takut la Sista Ovari tu akan muncul semula sebab simptom - simptom untuk kena Sista Ovari tu ada.
Pada 14 Disember 2011 (Rabu) sekali lagi appoitment saya dengan doktor Sue dari KPJ Hospital untuk cek up Sista Ovari. Selepas scan dengan doktor Sue memang confirm Sista Ovari saya dah pecah....Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kehadrat illahi sebab penyakit saya dah sembuh. Berkenaan dengan pening kepala, rasa nak pitam,demam serta loya-loya tu adalah disebabkan oleh daya ketahanan badan saya kurang and saya stress (menurut kata doktor la). Doktor menasihati saya banyakkan makan buah-buahan,sayur-sayuran serta mengambil vitamin....
Kata doktor Sue tidak semua wanita yang mengalami penyakit ini akan sembuh dengan sendiri kalau dalam 100 orang mungkin dalam 35% sahaja yang akan pecah Sista Ovarinyer.. Alhamdulillah Sista Ovari saya pecah dengan sendirinyer.....
bye-bye all insyallah akan datang saya akan berkongsi cerita lain lagi....
17 Oktober 2011
Not A Holiday
Masa on the way baru sampai kat Simpang Perantau Damai (PD) hubby aku suh aku call kawan dia sebab kawan dia ada bagi tahu yang dia nak g jumpa awek dia kat MELAKA.... bila aku dah call tu kita orang berjanji ler nak tunggu kat mana coz dia nak tunjuk jalan ke MELAKA jalan tu kiranyer dekat la sket lebih kurang 2 jam ajer... tapi sempit lor..
Sampai ajer MELAKA area kul 1.30 petang, dari Keratong @ Simpang Palong kul 11.30 pagi sebab tunggu kawan hubby aku nama dia NAN bersiap dulu nasib tak mengalahkan perempuan hahahahahaha.... tempat pertama adalah serbu rumah awek nan, yer la dia nak jemput awek dia kan untuk kuar "date" hehehehehe...
Thanks a Lot sebab Nan belanja kita orang lunch...ingatkan dapat merasa asam pedas melaka tapi dia ajak aku makan Pizza Hut...tak per la lagi pun memang kesukaan aku ler tu.. tugas oder aku la saper lagi kan.. kelakar kita orang nie tau masa hidangan sampai n dah siap di hidang masa untuk makan ler apa lagi....tengah syok aku ratah ayam tiba-tiba lak ayam tu terpelanting adussss malunyer...... muka slumber jerk aku wat nak cover la konon2 nyer tak ada yang nampak erm tiba-tiba lak si nan ni tengah angkat sepotong pizza nak letak dalam pinggan dia terjatuh ke dalam cawan then budak2 yang duk kat area meja kita orang sibuk duk gelakan kita orang...alah macam la u all tak pernah kan alami apa yang aku alami kan??? Mesti pernahkan????
Siap makan acara seterusnyer ronda bandar melaka iaitu BANDAR HILIR MELAKA.. lepas penat ke bandar hilir kita orang jelajah pantai yang ada kat melaka...area kul 8malam kita orang sampai rumah awek nan untuk hantar awek nan and di jamu makan malam oleh family awek nan nie... ok all bye2 t ada masa aku story lagi yerk...
13 Oktober 2011
Sista Ovari
17 September 2011
Happy besday to Meeeee.....
28 Jun 2011
Saya Dah Mula Bercuti....
Fuh...tak sangka jap jerk masa berlalu tak lama dah nak menjadi ISTERI kepada Mr Forzi... Saya pening memikirkan boleh ker saya mengalas tanggungjawab sebagai Isteri nanti bukan apa saya nie bukan ler terror gat bab memasak lauk pauk nie lau bab buat kek ker tu boleh ler tak ada hal la... Al maklum ler saya nie tak memasak sebelum nie 100% mak buat...hahahaha...padan muka aku dah nak kawen baru cbuk nak belajar masak...
alah mak dah tersasul jauh gat nie..ok2 back to tittle... sebenarnya aku malas nak cuti lagi kalau boleh hari khamis baru nak cuti sebab nak selesaikan kijer lu sebelum bercuti dengan aman n tenang...tapi mak lak mintak selesaikan apa-apa perkara yang belum di selesaikan...erm 1minggu cuti rasa cam lama jerk cuti...cam ner nak buat nie..Lau org lain dah cbuk g spa dah time2 cam nie tapi aku cbuk wat benda lain lak... Esok ada latihan Wall Climbing n Futsal sayangnyer tak dapat turut serta....
20 Jun 2011
Marry You
Tittle : Marry You - Bruno Mars
It's a beautiful night
We're looking for something dumb to do
Hey baby
I think I wanna marry you
Is it the look in your eyes
Or is it this dancing juice?
Who cares, baby
I think I wanna marry you
Well, I know this little chapel
On the boulevard we can go
No one will know
Oh, come on girl
Who cares if we're trashed
Got a pocket full of cash we can blow
Shots of patron
And it's on, girl
Don't say no, no, no, no, no
Just say yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
And we'll go, go, go, go, go
If you're ready, like I'm ready
'Cause it's a beautiful night
We're looking for something dumb to do
Hey baby
I think I wanna marry you
Is it the look in your eyes
Or is it this dancing juice?
Who cares, baby
I think I wanna marry you
I'll go get a ring
Let the choir bells sing like
Ooh, so what ya wanna do?
Let's just run, girl
If we wake up and you
Wanna break up, that's cool
No, I won't blame you
It was fun, girl
Don't say no, no, no, no, no
Just say yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
And we'll go, go, go, go, go
If you're ready, like I'm ready
'Cause it's a beautiful night
We're looking for something dumb to do
Hey baby
I think I wanna marry you
Is it the look in your eyes
Or is it this dancing juice?
Who cares, baby
I think I wanna marry you
Just say I do
Tell me right now, baby
Tell me right now, baby, baby
Just say I do
Tell me right now, baby
Tell me right now, baby, baby, oh
It's a beautiful night
We're looking for something dumb to do
Hey baby
I think I wanna marry you
Is it the look in your eyes
Or is it this dancing juice
Who cares, baby
I think I wanna marry you
http://mp3skull.com/mp3/bruno_mars_marry_you.html
13 Jun 2011
Undangan Cinta Dari Saya......
Saya bakal menamatkan zaman B.U.J.A.N.G hehehehe...risau gak perasaan nie bukan apa kehidupan solo tak sama dengan kehidupan berumahtangga nie... Yer la dulu bebas ajer kita nak buat apa...tapi skung lau nak buat apa2 kena minak permission lu gan En Dear Hubby.. tapi soal kijer insyallah my En Dear Hubby tak ada halangan coz dia faham cam ner gan my job.... Tapi menda cam nie NORMAL kot untuk setiap pasangan pengantin melaluinyer perasaan risau n gentar.... Ok saya akan menamatkan zaman BUJANG saya seperti berikut :-
TARIKH NIKAH & SANDING : 02072011
HARI : SABTU
JEMPUTAN : 12.00 Tengah hari - 4.00 Petang
LOKASI : CG 19, KAMPUNG FERI SIMPANG SEPAYANG,26800 KUALA ROMPIN, PAHANG
TEMA WEDDING BELAH (P) : KUNING LANGSAT, MERAH & SILVER
TEMA WEDDING BELAH (L) : BIRU + CREAM
Sebenarnya hajat di hati nak pakai kaler hijau n gold alah cam elyana pakai masa kawen dia tu tapi tak kesampaian coz tak sesuai dengan kulit my En dear Hubby... so kaler yang aku wat untuk tema aku nie tak ada pun dalam senarai aku tau..aku hanya terfikirkan warna yang selamat ajer iaitu silver...then last minute my mom mintak + silver dengan red coz my aunty tak nak pakai silver tak kena dengan kulit dia cakap...so aku menurut jerk perintah malas nak cakap banyak....Nasib ler mak andam aku baik hati walau dia dah prepare baju kaler silver buat aku boleh gak bagi aku tukar..... Tq untuk akak mala (Asha Bridal @ Hanizan Mala).....
Saya dengan rasa berbesar hatinya ingin menjemput semua rakan-rakan blogger ke majlis perkahwinan saya nie...semoga dengan kehadiran rakan-rakan blogger lebih memeriahkan lagi majlis saya... nie kad kawen saya :-
Page 2
Reka bentuk nie aku yang pilih cuma design kad my mine yang pilih dia kata comey lau letak gambar kartun nampak happening jerk... Lau ikutkan dia yang terlalu obses gan naruto nak suh letak pada kad kawen nie gambar kartun naruto huh nasib ler aku sempat bantah awal2 kalau tak selamat dah dia suh akak tu wat pic naruto.... Kad nie aku tempat kat cni http://www.kadkahwiniris.com/ kad dia semua cantik2 n harga pun berpatutan gak.....
Ok rakan-rakan blogger jemput datang yer ke rumah saya nanti....bye.......bye....
05 Jun 2011
Kasih Kita
Tajuk Lagu : Kasih Kita
Penyanyi : Aishah
Telah lama ku lalui
Perjalanan penuh ranjau
Dan berduri
Kini tiba cahaya cinta suci
Menerangi
Diriku yang sepi
Meskipun ada yang mengeji
Memang lumrah insan di dunia ini
Hasad dengki
Usah didengarkan
Bersabarlah
Menempuhi
Pertama kali
Aku bahagia
Kau menerima diri ini
Insan biasa
Punya kelemahan
Dalam menempuhi
Cabaran
Aku juga tak mengharapkan
Intan permata
Kemewahan
Cinta yang murni
Keikhlasan hati
Semoga berkekalan
Kasih kita
Hati berkuntum harapan
Agar hidup takkan sendiri lagi
Doa restu dari yang tercinta
Fahamilah
Cinta mulia
04 Jun 2011
Persiapan Perkahwinan
1. Kad Jemputan - Dah siap tempah masa bulan 5 hari tu lagi.....design kad nie my mine yang pilih lau orang tengok mesti cakap pengantin tak matang coz kad cam budak2 ajer.
2. Bunting - Last minit tempah coz my dad nak jugak aku tempah bunting, hari tu dia gak cakap tak payah. tak per la ag pun bunting my dad yg bayar hahahahaha...
3. Hantaran - dah beli pun baik untuk my mine n untuk aku semua dah selesai.....
4. Borang Nikah - Dalam proses hahahaha....
5. Gift untuk tetamu & BFF - sedang difikirkan coz aku tak tahu nak bagi apa sebenarnya...
tu jerk ler yang aku dah buat yang lain2 semuanyer mak n makcik-makcik aku settle kan.....hehehehe maklumler aku nie anak saudara First so semua orang accited nak buat itu ini... Oh yer pic untuk kad Jemputan nanti tau aku upload...
Ok bye22222
29 April 2011
Lamaran Hati
This is sweet story that i want tell u all...aku betul-betul tidak sangka bila insan yang tersayang mr.right membuat Lamaran Hati kepada aku pada 3 April 2011.. ini adalah lamaran yang ke 2 dari mr.right terhadap aku... First time masa dia melamar aku dulu aku pikir dia sekadar omongan kosong sahaja terhadap aku.. tapi bila lamaran ke 2 ini menyusul terhadap aku dengan penuh C.Y.E.S baru aku tahu bahawa dia betul-betul ingin bersama dengan aku..
First time(4 Disember 2010) di lamar aku sekadar senyum ajer then aku kata buktikan if Abang betul-betul cyes sebab hubungan kita baru 1bulan ajer nie.....bukan aku nak menolak tetapi takut dengan kekecewaan yang pernah aku lalui satu masa dahulu..bagi aku biar masa menetukan segalanya masa nie...sebab aku nak dia mengenali hati budiku begitu jugak aku terhadap dia..
Then lamaran kedua menyusul selepas segala persiapan telah kami lakukan... Persiapan yang di maksudkan adalah dengan membeli perabot rumah serta honney baru yang bernombor pendaftaran *** 5094 yang sememangnya menjadi idaman hati mr.right... erm no pendaftaran honney mr right sama gan hubby aku ***5094 huhuhu.... Ok ok ok back to kisah lamaran from my mr right.... masa lamaran di buat aku tengah kijer time tu ada Bengkel Pengurusan Kelab Persatuan di Aman Sari Resort, Pantai Sepat Kuantan Pahang.... Masa mr right datang time tu dah kul 11.00 malam we all gah wat BBQ untuk my student... My boss kasi bilik untuk mr right stay for one night coz esoknya dia ada Kursus dekat pejabat TNB Kuantan.. Lepas mr right masuk bilik siap mandi and dia makan BBQ yang kita orang wat malam tu... kita orang just duduk bersembang ajer kat meja makan... masa tu my student ada la tengah wat discusstion ttg projek dia org untuk di bentangkan pada esok harinya... Masa gah bersembang tu la mr right melamar aku dengan ayat yang ringkas jerk tanpa bunga,coklat n cincin batu permata hehehehehe.... Very simple kan??? i like !!!!!... " Sayang kita kawen yerk... pilih tarikh nanti abang suh mak datang merisik sayang ok... Abang dah cakap dekat mak n abah sayang nak datang merisik sayang if sayang setuju, ur family tak ada halangan just tunggu jawapan daripada sayang jerk la..." tu ler kata-kata mr right... Erm riaksi aku masa tu rasa cam dalam awang-awangan jerk terasa cam mimpi pun ada gak.... Aku jawab pada mr right" ok sayang setuju nak kawen gan abang nanti kita pilih tarikh yer... nak cepat ker nak lambat???" Mr right cakap lau boleh nak cepat la rombongan merisik tu... aku cakap ler lau 23 April ok tak??? time tu jerk free masa lain tak free dah.... Mr right kata ok....
nie cincin kita orang.....
19 April 2011
Kesibukan Melanda
Skung nie tengah cbuk dengan Pendaftaran pelajar baru yang akan berlangsung pada 30 April 2011 and minggu orientasi pulak bermula 30 April - 5 Mei 2011... Hehehehehe... tak per busy skung jerk nanti nak cuti plak kan???? cuti apa tu????? nanti la i tell u yerk.......
Ok ler dah tak ada idea nak merepek dah nie... tatatatata.........
09 Mac 2011
hiS mY MR. RIGHT part 3
Erm aku nie bukan lah J.A.H.A.T pun cuma N.O.T.T.Y.G.U.R.L ajer....kita orang dah deal pada hari jumaat kalau tak silap aku tarikh dia adalah 19 November 2010 yang kita orang akan jumpa keesokan harinya bermakna 20 November 2010...
My Prince pulang ke kampung dia kat Nenasi,Pekan Pahang pada hari jumaat macam biasa la. Esoknya dia dari Nenasi ke Kuantan dia gerak untuk jumpa aku...(kita orang pergi asing-asing) and dia punya semangat nak jumpa aku kul 8.00 pagi lagi dah ada kat kuantan menanti kehadiran aku sedangkan aku masa tu baru ajer bangun tido and siap cuci muka gosok gigi aku terus basuh kereta aku,siap cuci kereta dalam kul 9.30 pagi aku terus g mandi... aku gerak dari Muadzam - Kuantan kul 10.15 pagi...sampai kuantan dalam kul 11.00 pagi korang bayangkan berapa jam aku "LEWAT" hahahahaha sengajer ajer tu sebab nak tengok sama ada dia sanggup ker tak menanti aku and paling penting nak tahu kesabaran dia.. Yer la kata orang Lelaki nie kalau belum dapat kita semua sanggup tapi bila dah dapat semua tak sanggup...
Masa aku sampai kat Megamall aku call dia tanya dia ada di mana...mana la tau kot-kot dia dah cabut lari sebab lama sangat tunggu aku kan...dia ada kat Restorant Aliff masa tu.. then aku bagi tahu yang aku tunggu dia depan Pintu masuk Megamall berhampiran dengan Kaunter Digi.. tak sampai 10 minit dia dah terpacak duk belakang aku dengan senyuman malu-malu "meow".. aku dengan slumber cakap kat dia Sorry la abang lambat sket basuh kereta tadi tak cun r bawak kereta kotor...nanti orang kata pemalas tul budak tu harap muka ajer cun...hahahaha..then dia cakap "it's ok janji sayang dah datang jumpa abang skung...
Kita orang tak plan apa-apa pun untuk date yang pertama nie...sebab masing-masing masih lagi malu-malu so kita orang just melepak ajer la dekat bangku dalam Megamall tu..sambil bercerita perihal diri masing-masing...tahu lah aku..yang dia sebenarnya dah lama admire dengan aku since pertemuan pertama kita orang dekat kedai makan dulu..disebabkan sifat malu yang tinggi dalam diri dia terpaksa la take time sket untuk mengorat aku...dia dah mintak kebenaran dengan my dad sebelum dia nak berkawan dengan aku and bila kekuatan untuk berkawan dengan aku tu dah cukup mantap dalam diri dia beranikan diri untuk call aku masa dia dekat Pulau Tioman...
Lepak punya lepak cerita punya cerita tak sedar jam dah kul 2.00 petang aku cakap la gan dia abang jom g makan lapor la...tau tak dia cakap apa??? mengarut jerk tengah bercinta nie g makan nanti bukan makan pun kenyang sebab mengadap muka orang yang tercinta... yer semangat aku masa tu terus hilang untuk makan...kita orang duk ajer la kat bangku tu sambil bercerita lagi..dalam area kul 4.00 petang aku mintak diri untuk balik yer la sebab aku drive sorang ajer kan...so kena la balik awal sket... masa nak balik tu kita orang bating saper sampai umah dulu hahahahaha...saper kalah kena open table pizza hut..aku cakap no hal....
Masa aku sampai umah muadzam aku call dia tanya kat mana...dia ada kat pekan terkandas dalam hujan aku cakap aku dah sampai umah and jangan lupa nanti open table pizza hut... dia cakap yer la kalau dia menang pun dalam bating nie dia tetap akan belanja aku...dating kita orang yang first nie memang la agak membosankan sebab tak ada apa nak di buat maksud aku g tengok wayang ker, main bowling ker..sebab kita orang nie ada banyak persamaan so untuk tengok wayang time tu tak ada cerita menarik minat hati..kalau main bowling tak best lak berdua ajer...ramai-ramai baru best...
Aku bersyukur gat sebab dah lama berduka akhirnya di pertemukan dengan Kebahagiaan harap-harap ini la dia Jodoh aku...kawan-kawan doakan yerk hubungan kita orang nie berkekalan hingga akhir hayat....
02 Mac 2011
hiS mY MR. RIGHT part 2
Ok jom sambung citer....masa tu zieya acik ajak aku, sue honney n mojoko lepak kat kopitiam dalam kul 8.30 malam..then aku lak gah cbuk ber"facebook" just tengok komen kawan2 huhuhuhu tak perasan lak jam dah kul 8.30 malam...bila si zieya acik sampai ajer depan rumah aku dengan bunyikan hon cam orang jual ikan terpaksalah aku kuar dengan cepat hingga laptop aku lupa nak off nasib facebook sempat sign out..
balik dari melepak aku tengok my dad tengah main game pair kat laptop aku dengan wat muka cyes aku dah risau nie takut kena tibai sebab dah dekat kul 11.00 malam masa tu yer la dah lewat tu baru lik....aku wat muka slumber masuk bilik...dalam hati cuak giler siot...then my dad panggil akak.............cni jap...aku kuar ler lambat2 cam siput huhuhuhu..yer naper abah??? aku tanya.... my dad tunjuk wallpaper dekat laptop aku...nie pic saper nie yang ko buat wallpaper nie kat laptop....aku hanya mampu tersengih ajer tanpa berkata apa-apa...dalam hati "kantoi"!!!!!
Adik aku masa tu memang langsung tak percaya sebab dia hari-hari dengan "geng-geng der" tapi tak boleh nak hidu hubungan aku dengan my prince....sebelum tu lupa plak nak bagi tahu yang adik aku memang rapat gan geng-geng der nie...pernah jugak geng-geng der tanya dengan my prince "ko nie asyik tersenyum tersengih cam orang tak betul ko masej dengan saper?? dengan aishah ker??? (kerani dekat pejabat dia owang) my prince just senyum ajer....di sebabkan ketidak percaya dia (adik aku) dengan hubungan aku n my prince..dia duk berpakat dengan abg der (Fuad) untuk mengantoikan kita orang...hehehehehe...tapi masa adik aku bawak datang my prince ke rumah aku ada kat depan time tu tengah melepak dengan kak yuyu syuhada..aku wat tak kenal n tak tahu ajer dengan my prince masa tu...and dia pun sama...hahahahaha...cian korang nak kantoikan kita orang yer....
tapi nak sorok pun tak guna gak sebab Muadzam nie bukan ler besar gat...kecik ajer...nak jadi citer tengah syok duk temankan my prince makan masa tu dekat kedai atas bukit kat haiway..(aku tak makan malam takut badan aku naik) kata my prince kat c tu privasi sket kawan2 office dia tak ada datang makan...erm tapi lain lak terjadi malam tu...tiba-tiba ajer geng-geng pejabat dia sampai yang kijer shift malam..apa lagi kantoi la kita orang..dia orang lak duk meja sebelah kita orang..hahahahaha sengaja kan korang...tak per aku tak kisah pun..tapi ada ayat-ayat yang di sendkan ke hp my prince untuk kita orang berdua :-
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Kalau berpacaran Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
ok nanti sambung lak kisah date pertama kita orang yerk....
21 Februari 2011
Sungai Lui – Aizat
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya
Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya
Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini
* Lagu nie aku minat gat semua sebab masa preview citer Begitukah Cinta yang tengah ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin-Khamis jam 7.00 malam-8.00 malam...masa tu tak tahu lagi saper penyanyi dia..so cari punya cari baru la aku tahu n jumpa... so layan yerk lirik jerk la...hehehehehehe.....
20 Februari 2011
Shila , Jac & Ning - Dimana Dimana
Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, ho ooo
Jangan jangan, jangan kau pergi
jangan jangan, tinggalkan aku
Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A a a ah
Ho o ooo, Kaulah penebus cintaku
Ho o ooo Suria atas duniaku
Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku
Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho wo wooo
Ho o ho o o oooo Oh
Hanyalah kamu di hatiku
19 Februari 2011
hiS mY MR. RIGHT part 1
My Mine nie orangnyer simple sahaja, anak jati Kampung Nenasi, Pekan...mengenali dirinya membuatkan aku lebih senang ketika berada disisinya..Pemalu tu la sifat yang ada dalam diri dia..masa mula-mula jumpa dia, kira our first date la, muka dia masa tu erm blushing habis...sampai hari nie aku teringat..
First time kenal dengan dia nie, aku jumpa dekat kedai makan..masa tu kebetulan nak ke KL bawak student berhenti sarapan dekat kedai makan Wak dulu... Waktu aku sampai kat kedai makan tu aku nampak la my dad tengah makan gak dengan kawan-kawan kijer dia so malas la nak mengganggu aku duk ler dengan student-student aku..kerusi yang aku duduk betul-betul mengadap my mine masa tu..walau table jauh tapi jelas aku boleh tengok muka dia..alah masa nie aku malas gat nak amik port sebab dia duk dengan my dad so aku tahu la mesti dia tu kawan-kawan kerja my dad...dia yang dari jauh sibuk duk usha aku.. bila aku pandang dia duk sengih-sengih cam kerang busuk...bengang pun ada rasa nak g simbah ajer air milo masa tu.. tapi kenapa aku panas hati gat yerk...erm masa tu aku dalam mood kecewa so nak melayan guy pun aku tak minat..dalam hati aku berkata tak per senyum la kau puas-puas jap lagi tahu la ko aku kenakan....siap makan aku terus berjalan ke table tempat my dad duduk bermakna my mine pun ada la kat situ gak..dia dah tak senang duduk sebab tengok aku berjalan menuju ke table yang dia duduk tu...aku wat muka slumber aku tarik kusi duk sebelah my dad n cakap "abah akak dah nak naik bas nie, g ke ASWARA, KL mungkin sampai muadzam lewat la sket." my dad cakap "ok" masa tu muka my mine merah giler walaupun hitam manis dia tu aku still lagi boleh nampak dia menahan malu....kira cam silap orang la dia nak tackle...hahahahaha...rasakan..
masa aku naik bas, my dad call cakap my mine kirim salam n nak berkawan dengan aku... terdiam aku sebab dia berani cakap kat my dad macam tu...weh bukan semua tau kawan-kawan lelaki aku berani cakap gan my dad macam tu...tengok muka my dad pun dia orang tak berani nak pandang lama-lama..Gangster habis... Aku terkena balik rasa masa tu...aku just cakap erm tak per la nanti akak fikirkan...
Perjumpaan aku dengan my mine tak habis kat situ ajer... kalau terjumpa dengan dia mesti time tu dekat Kedai Makan...memang dah jodoh kot dengan dia kita orang bertemu di kedai makan... tapi lepas dari tu dia tak pandang or senyum-senyum dah kat aku Malu katanya..
Macam mana kita orang boleh jadi kawan??? kalau tak silap aku masa tu dia ada di Pulau Tioman sebab ada kerja-kerja pemasangan Kable Elektrik dari sana la dia call n sms aku..mana dia dapat no hp aku pun tak tahu la.tapi masa kita orang bersembang buat kali pertama tu just bertanya perihal diri masing-masing status apa...yer la takut la nak mengorat nanti kena tunang or awek or pakwe orang tak ker haru...
Lepas daripada panggilan dari my mine masa malam tu..perhubungan kita orang terus berpanjangan...masa tu hubungan secara rahsia..hehehehehe..bila dia balik ajer dari Pulau Tioman aku lak ke Pulau Langkawi masa tu ada aktiviti student..tak berkesempatan la untuk bertemu lagi.. sepanjang perjalanan aku menuju ke destinasi ku di temani oleh sms n panggilan dari my mine..masa tu ramai la yang tegur kita orang sebab cam orang gila sebab baca sms sambil gelak-gelak... dia ada gak hantar pic dia sebab dia kata buat pengubat rindu sebab kita orang jauh...
nie ler pic pertama dia send kat aku...cam tak percaya ajer...handsome n sweet gak mamat nie dalam hati aku berkata..
nie pic aku send pada dia kira nie ler pic paling sopan aku rasa n tak nampak gedik... hehehehehehehe...
ok nanti sambung kisah hubungan kita orang terkantoi n date pertama...
31 Januari 2011
Bukan Kerana Hujan
Bukan kerana musim hujan pun aku tetap suka makan skung....apa taknyer kul 8 malam ajer Dinner Time bersama dengan pakwe tercinta aku tak nak makan dia tetap oder untuk aku tak makan kung membazir so aku makan la jugak....maka tercipta la berat badan aku skung yang agak menaik...walau aku suka makan skung aku tetap bersenam...
Melalui aktiviti futsal bersama-sama rakan-rakan office yang the best... Bak kata "pantun"
Macam nie la ibaratnya kami...masih lagi bertatih dalam arena futsal...So aku tetap bersenam jugak kan.... soal makan aku tak kisah...alah berat badan turun naik itu normal...cuma aku risau lau dia naik tak mau turun-turun...takutnyer.....
05 Januari 2011
Bila aku Bosan
Nie aksi - aksi terlarang yang aku lakukan dikala kebosanan melanda diri aku semasa aku tengah bertugas sebagai penyambut tetamu pada sebelah petang tadi untuk "Majlis Amanat NC", tq ler my dear friend yang sudi melayan peragai aku petang tadi...sengal giler aku nie...macam-macam perangai ada aku nie...Aku jadi macam nie sebab aku mengantuk gat n bosan menanti kehadiran orang-orang untuk menghadirkan diri ke Majlis tersebut....